Thursday, February 19, 2009

ZIARAH LUAR MADINAH DAN UMRAH DI MAKKAH







Selepas breakfast, kami berziarah luar pula, mulanya kami ke Masjid Quba, di mana sesiapa yang bersolat di sini dan mengambil wudu' di rumah/hotel, akan mendapat pahala seperti mengerjakan umrah... maka kami pun tidak melepaskan peluang ini untuk mendapatkan pahala umrah.. insyaallah...

Kemudian kami ke Jabal Uhud dan kebun Tamar. sepatutnya kami boleh ke kilang Al Quran tapi disebabkan tiada respon dari jemaah lain, maka ustaz batalkan tour kami ke kilang Al Quran... maklumlah extra cost... tak termasuk dalam pakej...

Selepas zuhur aku, bonda, kakak dan putriku berziarah wida'... bersama-sama... suamiku tercinta, dan putra2 ku...

Menitis juga airmata ini ketika berwida dengan Rasullullah SAW... entah bila aku boleh ke sini lagi... Ya Allah panjangkan umurku dan murahkan rezekiku agar aku dapat berkunjung ke Tanah Haram Mu lagi.. insyaallah...

Selepas wida', kami berangkat ke Tanah Suci Makkah Al Mukarammah.. untuk menunaikan umrah... Sepanjang perjalanan... ustaz Ahmad Alimin mensyairkan lagu Ya Rasullullah... Ya Habiballah.. tak pernah ku tatap wajahmu... kami rindu pada mu... Syahdu sungguh suara ustaz mengalunkan nasyid tersebut... menitis airmataku menghayati bait-bait perkataan di dalam nasyid tersebut... terasa begitu rindu pada mu, Ya Rasullullah...

Kemi bermiqat di Bir Ali... dan meneruskan perjalanan ke Makkah... di pertengahan jalan di Wadi... kami berhenti rehat dan makan malam.. sedapnya makan lauk ikan bakar dan nasi beriani...

Sebaik sampai di Makkah Al Mukaramah, suamiku menelefon ustaz Iskandar, iaitu ustaz yang datang mengajar kami mengaji di rumah, sekarang ni Iskandar sedang melanjutkan pelajarannya di Makkah.. Suamiku meminta Iskandar menunggu kami di lobi sekitar pukul 9:00 malam...untuk menjadi mutawif kami membimbing kami untuk mengerjakan ibadah umrah ini.... maklumlah ustaz Alimin membawa ramai jemaah... ini adalah atas permintaan bondaku juga yg mahukan ustaz Iskandar... insyaallah.. kalau tiada ustaz pun rasanya suamiku tercinta boleh membimbing kami.... kerana ini bukanlah pertama kali kami mengerjakan umrah...

Iskandar menceritakan serba sedikit tentang sejarah Masjidil haram dan Alhamdulillah kami selesai mengerjakan umrah pertama ini pada pukul 1:30 pagi..

MADAIN SALEH







Pagi ini selepas breakfast, kami di bawa ke Madain Saleh. Madain Saleh ialah satu tempat yang telah dilaknat oleh Allah SWT dan kita dilarang makan dan minum di kawasan ini....
Allah SWT melaknati kaum Nabi Saleh dengan menurunkan bunyi yang amat kuat. Ini adalah balasan kepada kaum Nabi Salleh AS yang engkar. Kami juga di bawa ke Muzium dan kami di bawa melihat stesen keretapi di kawasan ini....Selepas berziarah dan berposing sepuas hati, maklum ajelah kamera digital.... kami balik ke hotel untuk check out dan bertolak semula ke kota Madinah....

Kami check out selepas lunch, suamiku yang tercinta sanggup membeli dua biji bantal dari hotel yang kami inapi untuk keselesaan bondaku di dalam bas, tapi pihak hotel mahu suamiku mensedekahkan wang untuk bantal itu di Makkah atau Madianah. Tour leader warga Arab yang membawa kami lah yg menjadi translatornya.. maklumlah kami tak tahu berbahasa Arab... katanya dia menolong kerana melihat kesungguhan suamiku menjaga bondaku. Kami berangkat ke kota Madinah semula... another 4 and 1/2 hours journey. Kesian kat bondaku...

Alhamdullillah... thank you again my dear husband coz u really take good care of my mum...

Kami sampai di Madinah pada waktu Maghrib.... dan esoknya kami akan berziarah luar pula...

AL ULA DAN MADAIN SALEH











Selepas sarapan pagi, kami berkumpul di lobi untuk ziarah ke Al Ula... mulanya kami tak mahu pergi memandangkan keuzuran bondaku... tapi sekiranya kami tidak pergi... kami dikehendaki membayar harga bilik dan makan untuk 2 hari....insyallah... itu bisa di atur...... tapi bila melihat wajah anak2ku... mereka begitu frustrated kalau tak dapat pergi,.. dan puteri ku beriya memujuk bondaku agar turut serta... so... kami pun last minute decide untuk pergi....

Sebenarnya... aku sungguh tak menyangka yang Al Ula itu begitu jauh dari Kota Madinah... kalau ku tahu jaraknya 450km... sudah tentu aku tidak akan turut serta...

Kasihan pada bondaku yang uzur.... beliau kelihatan begitu letih sekali...Alhamdullillah...suamiku tercinta begitu mengambil berat tentang bondaku... beliaulah yang menolak wheelchair, dan mendukung bondaku ketika naik dan turun dari bas... sampai ... jemaah2 lain bertanya... samada bondaku itu adalah bonda suamiku atau bondaku.... lalu aku menjawab bondaku... suamku cuma menantu sahaja. Terimakasih wahai suamiku tercinta... Hanya Allah SWT sahaja dapat membalas segala budi baik dirimu.... ini buat aku bertambah2 rasa cinta dan sayang pada suamiku....semoga jodoh kami berpanjangan ke akhir hayat....

Kami sampai di Al Ula dalam pukul 2:30 petang.... suhunya sejuk sekali.... tak sangka begitu sejuk... aku tak membawa baju sejuk untuk diriku cuma ku bawa untuk si jantan muaaz sahaja.... nasib baik aku ada shawl yang nipis tu... hehehe...

Selepas makan tengahari di hotel di Al Ula... waduh... hotelnya cantik sekali...ala2 resort... dan makanannya... international buffet.... anak2 ku begitu meriah sekali.... terutama abang .... seronok sungguh sebab boleh ambil air tin... sebanyak mana yang dia nak.... kami berangkat untuk ziarah Al Ula...

Best juga... melihat padang pasir... yang pasirnya begitu mulus...bersih dan sejuk sekali.....
Kami bermalam di Al Ula....

MADINAH AL MUNAWARAH




Subuh yang hening, 23hb Januari, 2009, aku bersama2 puteri dan bondaku, serta suami tercinta dan putera2 ku menunaikan solat subuh di Masjid Nabawi. Alhamdullilah... ku panjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana mengizinkan aku kembali ke tanah haram ini, bumi bertuah,bumi yang mengenggam jasad Rasulnya,... sesungguhnya memang aku tidak menyangka dapat kembali lagi ke sini... alhamdullillah... Allah SWT telah memakbulkan doa ku untuk ke sini bersama2 keluarga dan bondaku.....

Bondaku kelihatan uzur dan keletihan.... suamiku tercinta menolak laju bondaku di atas wheelchairnya.... kami berjalan laju menuju masjid... maklumlah masjid agak jauh... kena melintas jalan besar dan pintu masuk perempuan pun agak jauh...

Selepas sarapan pagi, kami ada program ziarah dalam ... semua jemaah dikehendaki berkumpul di lobi hotel.... tapi kami tidak mengikuti program ini... kami pergi sendiri... insyaallah.... berkat pengalaman lalu... kami boleh melakukannya sendiri... suami tercinta telah memaklumkan terlebih dahulu kepada ustaz...lagipun kami tidak boleh rushing... maklumlah bondaku uzur...

Sekitar pukul 9:00 pagi, kami ke Masjid Nabawi, untuk ziarah dalam.... Syukur sekali lagi... kerana dengan mudahnya kami dapat terus ke Raudhah... alhamdullillah.... dapat aku dan puteriku bersolat sunat dan berdoa di Raudah... semoga doa2ku di makbulkan Allah SWT....aminnnn.... selepas memberi salam pada Rasullullah dan sahabat2nya... dan selepas puas berdoa di Raudhah, kami keluar menunggu suamiku dan putera2ku...untuk mengelilingi masjid nabawi...

Ziarah dalam kami selesai sebelum solat Jumaat....dan otw ke hotel... apa lagi singgah shopping lah...Hari ini aku dan puteriku bersolat Jumaat di Masjid Nabawi...

Selepas sampai di hotel, bondaku penat dan lelah... mungkin terlalu exhausted.... puteri ku mengeluarkan mesin neubulisernya... opss... tak boleh guna pulak... power supply lain... aku ke farmasi membeli mesin baru untuk bondaku... maklumlah esok kami akan ziarah keAl Ula... yang jauhnya kira2 450km dari kota Madinah... oppss.... jauhnya...

PERJALANAN MENYUCIKAN JIWA - 1st day


Tanggal 22hb Januari, 2009 lepas, aku, suami tercinta, putra putri ku, bonda tersayang dan kekandaku telah berangkat ke tanah suci Madinah via SAUDI airlines. Kapalterbang bertolak dari KLIA pukul 3:00 petang, direct flight ke Madinah. Kami sekeluarga berkumpul di rumah bondaku sebelum berangkat ke KLIA. As usual, abang Usop dan Bashir lewat, sempat pulak pergi makan roti canai... kami di rumah mak, dah resah gelisah menunggu Usop dan Bashir. Kami sepatutnya bertolak dari rumah mak pukul 11:00 pagi... tapi kerana kelewatan ipar2 ku... kami bertolak pukul 12:00 tengahari. Suamiku tercinta memandu laju ke KLIA.... Alhamdullillah kami selamat sampai dan aku bersama puteri ku bergegas2 ke kaunter check-in... opss... hanya dua keluarga aje belum check in....alhamdullillah.... semuanya berjalan lancar.

Kami di beri pek makanan ringan oleh pihak Andalusia dan selepas diberi penerangan ringkas, kami pun masuk. Kami menunaikan solat jamak dan qasar di surau.....malang sekali kekandaku bercuti...kesian sungguh.... dia... tapi tak pa lah ada hikmah disebaliknya.... aku berdoa siang malam agar aku tidak bercuti waktu ini....

Syukur sekali lagi kerana kami dapat duduk bersama di dalam kapalterbang.... maklumlah travel agent ni selalunya ambil mudah ajer.... check in ikut abjad......

Kapal kami menuju ke Riyadh terlebih dahulu, nasib baik kami tidak di arahkan turun...selepas menurun dan mengambil penumpang di Riyadh, kami menuju terus ke Madinah Munawarrah...
Alhamdullillah kami selamat sampai.... dalam pukul 6 petang waktu Saudi...

Setibanya di airport, kami ditunggu oleh wakil Andalusia.... Ustaz Ahmad Alimin Nasution... ehem... ada citer pasal ustaz ni... tunggu dulu....dan di bawa terus ke hotel. Kami tinggal di Hotel Fairuz Al Shatta... jauhnya kira2 200 m dari Masjid Nabawi.... emm... jauh nya...

Selepas makan malam, aku, suami tercinta, dan putera puteriku terus ke Masjid Nabawi untuk solat jamak takhir... maghrib dan isya'.

Suhu di Madinah.... malam tu... sejuk sekali....