Thursday, February 19, 2009

MADAIN SALEH







Pagi ini selepas breakfast, kami di bawa ke Madain Saleh. Madain Saleh ialah satu tempat yang telah dilaknat oleh Allah SWT dan kita dilarang makan dan minum di kawasan ini....
Allah SWT melaknati kaum Nabi Saleh dengan menurunkan bunyi yang amat kuat. Ini adalah balasan kepada kaum Nabi Salleh AS yang engkar. Kami juga di bawa ke Muzium dan kami di bawa melihat stesen keretapi di kawasan ini....Selepas berziarah dan berposing sepuas hati, maklum ajelah kamera digital.... kami balik ke hotel untuk check out dan bertolak semula ke kota Madinah....

Kami check out selepas lunch, suamiku yang tercinta sanggup membeli dua biji bantal dari hotel yang kami inapi untuk keselesaan bondaku di dalam bas, tapi pihak hotel mahu suamiku mensedekahkan wang untuk bantal itu di Makkah atau Madianah. Tour leader warga Arab yang membawa kami lah yg menjadi translatornya.. maklumlah kami tak tahu berbahasa Arab... katanya dia menolong kerana melihat kesungguhan suamiku menjaga bondaku. Kami berangkat ke kota Madinah semula... another 4 and 1/2 hours journey. Kesian kat bondaku...

Alhamdullillah... thank you again my dear husband coz u really take good care of my mum...

Kami sampai di Madinah pada waktu Maghrib.... dan esoknya kami akan berziarah luar pula...

No comments: