Sunday, December 21, 2008

Semalam, sabtu, 20hb Disember, 2008, kami berangkat balik ke Berong iaitu kampung suamiku tercinta. Kami menaiki Estima CSL sebab sorento kami meragam lagi... Muaaz punyalah suka sampai suruh ayah tukar kereta... suruh beli estima tak mau sorento dah..

Hari ini kami mengadakan tahlil untuk ayah bonda kami yang telah pergi... Ini adalah tradisi bagi family sebelah suamiku... untuk mengadakan kenduri ini dan semua adik beradiknya akan berkumpul... maklumlah semenjak ayah dan mak dah tak ada, hari raya masing2 beraya dengan famili memasing... jadi perjumpaan keluarga akan diadakan setahun sekali iaitu semasa majlis kenduri ini... Sebenarnya, kami semua merancang untuk mengadakan hari keluarga di Tebing Tinggi, Segamat pada 25 hingga 27hb Disember, 2008 tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan... hari keluarga terpaksa dibatalkan... frust jugalah... tapi tak apalah.. suamiku yg tercinta kata... kita postpone hingga satu masa yg sesuai... bukan senang nak kumpulkan seluruh ahli keluarga suamiku yang sememangnya ramai tu... adik beradik aje... 14 orang belum campur suami dan isteri memasing.. .pastu anak-anak lagi.. yg paling best sekarang ni ramai yg dah bercucu... aku dah tak dapat nak keep track mana satu anak saudara dan mana satu cucu saudara... Kenduri kali ni yang tak dapat hadir hanyalah Anjang dan Bang Teh... Anjang baru menerima cucu sulungnya.. mungkin tak sampai hati nak tinggalkan anaknya yang tengah berpantang tu...

Kami bertolak dalam pukul 7:30 pagi dan sampai dalam pukul 10:15 pagi.. laju suamiku memandu... sesampai di rumah... semua adik beradik suamiku dah ada... kami bersalaman dan berpelukan... as usual aku ni mesti lah berborak dengan beras2 aku.. sue dan madihah juga kak imah... dan anak2 saudara yg semuanya dah besar panjang tu...banyak cerita yg dibualkan... aku mengimbas nostalgia lama macamana madihah dan abang iparku khalidon... bercinta masa di ITM dulu... macam belangkas... Khalidah suka dengar citer ayahbondanya...

Suamiku mengajak pulang dalam pukul 1:00 petang, tapi kak long tengah masak asam rebus ikan semilang... so kami pun tunggulah... yalah masakan asam mak long tak boleh challenge... punyalah sedapnya... sementara menunggu ikan semilang masak... kami pun menala ubi rebus... emm.... sedapnya....cicah sambal tumis... kalau balik kampung suamiku... memang begitulah... maklumlah ramai...so... makanannya.... memang banyak...

kami bertolak balik ke KL dalam pukul 3:30 petang... selepas tapau asam pedas ikan semilang mak long... nak makan dah kenyang... so apa lagi bungkuslah... madihah yg tolong bungkuskan... aku ni memalu kucing.... hehehe...

Sebenarnya kami dah berjanji dengan anak2 untuk ke karaoke. hari ni maklumlah esok aku dan suami tercfinta nak gi honeymoon lagi...hehehe.. so sampai KL terus kami ke red box di sogo berkaraoke dengan anak2... Muaaz punyalah happynya... nyanyi lagu pasir roboh lagi... pandai pulak tu masuk tone lagu ...
suami ku tercinta menyanyikan untuk ku lagu sonata musim salju... terharu aku...
aku tidak menyanyi satu lagu pun... maklumlah aku ni sumbang....sih.. hehehe... sedang kami sibuk berkaraoke abang usop datang... dia pun join sekali lah... dengan lagu2 ahmad jaisnya..

lepas 3 jam, kami pun balik ke rumah... muaaz terus masuk tidur... hari ni aku cuti...... tak solatlah aku...

No comments: