Hari ini aku masih bercuti solat.. suamiku yg tercinta menyarankan aku membuat tempahan bilik suite untuk malam ini kerana malam ini malam terakhir kami di Acheh. Akupun terus menelefon reception untuk menukar kamar dari deluxe ke suite... maklumlah gi honeymoon...
As usual lah... honeymoon ni tak heran pun nak gi breakfast...perut lapar... tapi malas ajer.. hehehe..
Pukul 1 petang, barulah terasa benar2 lapar... kamipun bersiap untuk keluar lunch. Barang2 semua dah dikemas, dan kami pun minta pihak hotel memindahkan barang2 sementara kami keluar lunch.
Suamiku yang tercinta ni suka sangat nak makan seafood.. aku ni pulak elergi.. kang tak habis2 menggaru... gatal... kami meminta pihak hotel untuk memanggil teksi ke restoran seafood... kami disarankan ke Banda Seafood, teksi nya tak pakai argo (meter) kena nego... so kami setuju dengan harga rupiah 70,000... supir teksi pun tak friendly mungkin tak fasih berbahasa melayu kot.. ye lah kang dia cakap Aceh kitarang pulak pening.
Pak supir membawa kami ke bandar... katanya restoran di Simpang Lima... opss... rupa2nya restoran dah berpindah.. aku perasan gak Banda Seafood tu semalam masa kami ke tempat tsunami.. tepi laut... tapi bila pak supir bawa ke bandar tu yang aku pelik.. biasalah, tambang kena tambah Rp50,000.00 lagi.. Mahal betul tambang kat sini.. lagipun derang suka mengetuk, maklumlah kita ni orang luar.
Kami makan ketam masak lada hitam , udang mentega dan sayur kailan ikan masin. Masin......Mungkin orang Acheh ni suka masin sebab kebanyakan makanannya semua terlebih masin. Atau selepas Tsunami empat tahun lepas, laut semakin masin. Atau kata suamiku, tukang masaknya gatai nak kahwin. Ye lah..ramai yang menjanda dan ramai yang menduda akibat Tsunami.
Lepas makan, kami meminta Pak Supir menghantar kami ke Hotel Hermes Palace. Ada program khas bulan madu kami.....SPA. Memanjakan diri di spa. Selepas membayar Rp120,000 kepada Pak Supir, kami terus masuk ke Hotel Hermes Palace dan dibawa ke Pusat SPA Marta Tilaar. Setelah bersetuju dengan harga dan item pakej (Kami dijamu dengan air teh serai dingin yang enak), kami pun dibawa ke bilik berasingan untuk memulakan proses SPA ni. Segar betul rasanya.. Selepas tu, kami keluar untuk treatment kuku kaki dan tangan. Satu proses yang rumit juga. terasa pulak macam Ahkak Pink. !! Macam orang kaya-kaya..... Orang potongkan kuku kaki dan tangan. Menggosok tapak kaki, tumit yang kasar. Membuang kotoran kaki dan tangan dan melicinkan da membuang kulit yang mati. Kaki dan tangan kami di urut...Syok nya....Lama juga kami di SPA tu . Lebihkurang empat jam kami di situ. Berbaloi rasanya..Lebih kurang Rp1,200,00.00. Puas hati la...
Kami keluar hotel untuk mendapatkan teksi... Mamat Supir kami semalam ada rupanya. Dia menawarkan khidmatnya. Memang Mamat ni suka mengetuk. Tak pe lah. rezeki dia. Dia meminta suami aku merekomenkan kepada kawan-kawan lain yang nak datang ke Acheh untuk menggunakan khidmatnya. Minta maaflah.......Mamat ni tak boleh diharap....Pemalas dan mata duitan. Dari Hermes Palace ke The Pade, kami diketuk Rp50,000.00. Padahal dia memang nak ke Pade untuk mengambil wang sewa kami semalam.Apa salahnya diberi tumpang percuma je. Mungkin Tsunami mengubah perangai seseorang tu...
Kami masuk ke Bilik Suite kami...Wah...besar biliknya. Ada living room, bilik airnya besar. bath tub...(boleh berendam). Perut lak lapar. Nasib baik aku ada beli kek di Hermes Palace tadi. Perut terasa lapar..padahal tengahari tadi..punyalah banyak makan...Mungkin sebab berurut dan mandi tadi menyebabkan perut lapar.
Makan malam aku memesan nasi dan kari ikan, suami tercinta biasalah makan steak... Steaknya kecik je.... Alhamdulillah.....
so.. good nite acheh...
Tuesday, December 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment